Hi bloggers~ selamat malam you'allz...
Dah berminggu-minggu dah sejak last post aku. Sejak masuk balik U ni, hidup agak kelam kabut sikit.
nak-nak plak sekarang ni, aku ngah kena flu ngan batuk-batuk sikit. Seksa wooo~
Kelas hari ni terus terang aku katakan yang aku tak berapa nak gives attention sebab dok menghadap tissue lagi banyak dari pandang wajah-wajah ayu lecturers aku tu. Sori puans!!
Tapi, nasib baik la aku selalu sematkan dalam hati yang "sakit itu menghapuskan dosa".
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya”.
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)
So... lepas ni, dapat sakit je... Jangan lupa sebut Alhamdulillah la ye kawan-kawan. Itu maknanya Allah SWT masih sayangkan kita sebab dengan sakit tu, kita dapat kurangkan dosa yang kita dah buat. Insyallah~
No comments:
Post a Comment