Showing posts with label BESS. Show all posts
Showing posts with label BESS. Show all posts

Oct 5, 2012

Back to the student life

and Hi~ to all reader.
Alhamdulillah. Akhirnya aku diberi jugak kesempatan untuk ber'blog'. Hasrat memang ada nak update blog tapi pill M lagi banyak dari pill R. hehehehe~
Lagipun, awal-awal sem, memang agak hectic jugak la life. (tipu.... dia ni tipu je)
Sabtu (29.09.2012) ngan Ahad (20.09.2012) yang lepas, FPP like always, telah adakan program "Gateway To Excellence" atau nama manjanya 
GTE
*Notakaki singkat bagi sesiapa yang tak tau...
GTE ni induction budak-budak baru sebenarnya. Cuma kitaorang tukar nama biar gampak sikit. Business... Mesti la kena market siki nama kan.. ;p
Mampus aku kalau ada budak biz lain baca nie... sorry ek... hehehe

Ok... sambung cerita. 
Untuk hari Sabtu, students seharian lepakking + bertapa kat Dewan Kuliah FPP tu. Dari pukul 8.30 pagi sampai la 5 petang. Dengar pelbagai jenis slot "Bersama Mu"... Mana taknya, slot bersama dekan la.. Slot bersama MPP dan macam lagi la. Memang program ni reka khas bagi budak-budak baru untuk menyesuaikan diri ngan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) ni. At least kenal gak la budaks-budaks ni dengan Dekan, MPP, SMF, dan lain-lain lagi la. Kali ni kelainan yang ditonjolkan... President memainkan peranan paling penting. Promo diri kat student kot.. Woot~ woot~ tapi tak cakap banyak pun. Lepas selesai semua acara bersamamu tu, semua focus tertumpu dekat hari keesokkannya.

Hari Ahad pulok, merupakan aktiviti sukaneka. Dah macam program back to school plak y'll. Hehehehe~ Tapi the program, quite fun! Aku hari tu, jadi tukang sorak la.
And korang nak tau tak, juniors budak Business Economics kali ni sangat-sangat-sangat la havoc + gila-gila + hyperactive. Sangat coorperate la. Which is good sebab tu la aku rasa GTE ni la paling fun :)
Tak caya? Aku nak kongsi gambar-gambar nie. Tengok sendiri ek.

*pink...pink....&...pink*
*man in BESS.... rare to see!*
 *games!! we like it. custom face-powder*
  *the overly active and cheerful facilitators with MPP shot!*
*BESS = fashionista*

Kan!! Kan!! Nampak sangat ceria dan sangat bersemangat kan!
PINK theme y'll.
Dalam setiap kelembutan, ada dia punya tegas dan semangat.


Feb 13, 2012

satu masa dahulu : GTE

Hi readers... ^^
Kali ni aku nak cerita pulok pasal team building camp yang aku sertai.
Sebenarnya aku pernah je cerita pasal team building ni kat blog tapi yang tu post-it version.
Hok ni aku nak cerita yang panjang berjela sikit. Lalala~

Team building ni diadakan kat Agrotek Garden Resort.
Acara ni berlangsung selama 3 hari. Mula Jumaat and as usual habis Ahad.
Tarikh langsung 23hb - 25hb September tahun lepas.
Oleh sebab acara ni 3 hari, aku tak dek la nak cerita detailssss sangat. Nanti jadi macam karangan plak. Padahal dulu time sekolah bila cikgu suruh hantar karangan bukan main liat lagi.
Aku just cerita secara pandangan kasarnya jew~ Berdasarkan gambar. So, dengan ni, boleh la korang bayang-bayangkan ek.

Untuk team building ni, tiap society kat fakulti bisness ni dimestikan untuk hantar wakil. So, kitaorang pun memvolunteerkan la diri untuk pergi (walaupun pada mulanya aku malas gak nak pergi.. hehehe).
Jadi, kitaorang 5 orang ni jadi wakil BESS untuk pergi berseronok... hohoho
*aku,eja,syida,amamore,mirafiqa*
 Sumpah serius aku cakap tempat tu cantik giler!
Nak buat family day pun, dah memang terbaek la. Dah la ada sungai mandi manda kat situ, ada tempat flying fox, ada kolam ikan, ada mini field yang sesuai untuk buat sukaneka~ Smart!
Gambar bawah ni pulak... 
 Ha~ diaorang ni la orang-orang kuat disebalik team building ni. Bukan senang tau. Ramai kot peserta yang diaorang ni kena handle. Good job guys and girls. ^^
VS
Time ni kitaorang tengah mendengar serba sikit penerangan dari pihak penganjur/penaja.
Khusyukkan semua orang >.<
  Untuk event ni, x semuanya aktiviti outdoor tau. Kitaorang still ada 1-2 aktiviti yang melibatkan pendengaran. Contohnya, time slot penerangan khas MPP berkenaan dengan society and much much much more. 
 *breaking the ice barrier time.. my group named Melati a.k.a Melats*
*aktiviti malam bermula.... alahai~ mengasingkan biji-biji kacang dari saudara-maranya*
Malam ni jugak la beberapa kes penculikkan telah berlaku.  Yang sedihnya, aku jugak salah sorang mangsa penculikan tersebut. Hu hu hu~ sedihnye!
Kitaorang kena quarantine dalam jail. Tapi korang jangan la cemas tau. Ni bukan kes culik betul-betul. Tujuan diaorang buar camni just nak tau sama ada ahli kumpulan kitaorang yang tengah khusyuk mengasingkan kacang dari tepung ni alert tak dengan ketidakadaan kitaorang time tu.
Tapi best gak kena quarantine. Dapat makan supper. Hehehe~
Esoknya~
 *meredah hutan belantara*
2 gambar atas ni pulak disnap time kitaorang dalam hutan. Sejak dari dulu lagi aku suka bila bab-bab masuk hutan nie. 
 *ni pulak gambar yang disnap sejurus lepas keluar dari hutan tu*
 *mandi manda time*
Aku rasa team building ni is more to holiday la pulak. hehehe~ lepas je keluar dari hutan yang tak berapa nak tebal tu, kitaorang diberi masa sampai waktu zohor untuk bincang pasal malam kebudayaan. Pastu untuk sesiapa dah gatai-gatai badan saja nak mandi sungai tu, dibolehkan tapi dengan pengawasan ler. Dan demi nak mandi sungai tu, group Melats pun bincang la apa yang kitaorang nak buat malam kebudayaan nanti dengan rapidnya.
Tak lama kemudian, apa lagi... Dushhhh~! Eh... dah masuk sungai la. Hehehe.
Dalam jugak tau sungai dia. Sejuk!! Best!! Puas hati giler!! Hahaha~ Ada anak ikan berenang-renang jugak! Ok... dah start kebatakan.
Petangnya~
Tada!!!
Flying fox time. Ok~ time ni aku memang nerbes gila-gila sebab 1st time aku naik flying fox dari tempat tinggi giler. Bagi yang gayat, korang tengok route dia, memang mencabar la~ Tapi bila dah sampai bawah, rasa seronok macam nak naik 2-3 kali pulak. Tapi tak dapat. Ramai lagi beratur kat atas nun. Tu pun x semua yang dapat naik flying fox ni sebab tak lama kemudian hujan turun selebat-lebatnya. Aku ni diantara mereka-mereka yang bertuah la sebab dapat try sebelum hujan memunculkan diri.
Malam tu pulak~
*Syahmin dan penari latarnya*
Pewwiittt~ mimie menari.. Depan orang plak tu. Aaaaaa..... Siyes time ni malu giler.

Ok la... untuk entri ni sampai sini je. Last day tak de pape sangat yang nak diceritakan sebab orang lebih fokus untuk balik Shah Alam. 
Lagipun I need my sleep yaw ^^

satu masa dahulu : econometric workshop



Yup!!
Macam poster kat atas. 
Entri ni aku nak cerita pasal bengkel ekonometrik yang pihak society BESS adakan.
Event ni amat bermakna bagi aku sebab ini la event pertama yang aku handle sejak aku masuk society ni. Even aku rasa bukan takat society... Event pertama aku sejak aku masuk UiTM nie. 
Bengkel ni dijalankan khas untuk student part 6 a.k.a seniors kitaorang. Bertujuan untuk memudahkan diaorang buat thesis bagi segala research yang diaorang jalankan.

Untuk bengkel ni, aku merupakan seorang Pengarah Projek.
Dari sini, aku belajar susah payah macam mana nak buat sesuatu event tu. And believe me, it's not easy to handle an event. Masalah sebelum event... masalah bila time event dan jugak masalah lepas event. Nak-nak 3 hari sebelum event aku x de untuk pantau final preparation sebab ada function. Semua kena fikir. Kadang-kala, kita dah rancang baik punya... tapi time hari kejadian tu, macam-macam masalah timbul. Walaupun susah tapi bagi aku, pengalaman macam ni amatlah PRICELESS sekali sebab pengetahuan sebegini hanya diperoleh melalui pengalam. 
Bak kata omputih "Experience is the best teacher".

Enough said~ jom tengok gambar jom


*mereka khusus mendengar penerangan lecturer*
 *time makan... yum~yum~*
 *my right and left hand*
Seriusly.... diaorang (ada yang x de dalam gambar) ni memang banyak bantu aku bagi memastikan event ni berjalan lancar. And know what, I LOVE THEM very much. Tanpa mereka, pasti event ni x berjalan selancar hari tu.
*gift giving moment by our president to the lecturer*


Nov 21, 2011

kem erat silaturrahim

Happy-happy selalu bloggers..~
 Kalau post lepas tentang funtion Brass Band, kali ni aku nak share plak ngan korang tentang aktiviti BESS. Aktiviti ni diadakan untuk part 3 students course Business Economic. Aktiviti ni bagi peluang untuk kami-kami ni eratkan lagi hubungan sebagai a part of BESS family. Walaupun plan awal 60 orang, tapi oleh sebab yang x dapat nak dielakkan, agak ramai jugak la yang x dapat join team building ni. Nevertheless, walaupun kekurangan orang, team building ni tetap havoc.

Activity : BESS Team Building 2011
Venue : Kem Gemia UiTM Dungun, Kuala Terengganu
Date : 11.11.11 - 13.11.11
Participant : 39 students

Kalau function band hari tu dia kacau cuti Deepavali, team building ni pulak kacau cuti mid-sem aku. Nasib la.... dah ko sendiri nak aktifkan... 
So, jangan nak banyak rungutan pulak yo mimie. 
Ok..., back to story. 11 November tu, semua peserta diminta berkumpul di bus stop teratai pukul 5.30 pagi.. Paling maximum pun, pukul 6.30 pagi... Kalau x, kena tinggal. So, untuk elak kesulitan (kononnya) di kemudian hari, aku ngan Mirafiqa pun balik la kolej teratai balik sehari sebelum tu. Cadang nak awal.., tapi hampeh... 
aku terjaga dari alam mimpi pukul 6.30 pagi kot.... 
Pergh~ shock habis jantung aku sebab bangun terkejut. Mana taknya, aku terbangun bila dengar Mirafiqa jerit dah lambat... Kusss semangat. Nasib baik tak OUT terus. 
So, dengan pergerakan yang super duper cepat, aku pun siap le gi bus stop tu. Perghh~ memang x leh blah... Budak-budak tu call tiap 5 minit. Psycho betul. Nasib baik la aku dah pack barang sehari sebelum and nasib baik la bus stop teratai tu depan bilik je. Kalau x, mau kena tinggal kitaorang dua ni.
Naik bus je, terus dapat tepukan yang maha hebat dari budak-budak dalam bus. 
Hehehe~ nak buat pe lagi... Senyum kambing yo la~!
Oleh sebab kelewatan kitaorang, bus gerak dari Shah Alam dalam pukul 7. Hehehe~ sorry sesangat la korang. And thanks gile-gile kat korang sebab sanggup tunggu... Huuuu~ terharu.
Perjalanan ke Dungun amik masa 5 jam plus plus. Naik kejang badan aku. Duduk lama bonar. Dipendekkan cerita, kitaorang sampai kat sana dalam pukul 1 lebih jugak la.

Daripada aku menulis panjang-panjang sampai x tau bila nak berhenti, meh aku summarizekan je apa  yang aku buat kat sana..

 Night tracking 
 Pergh!!! Lama gila aku x night tracking. Memang refreshing. Time ni 6th sense yang paling penting sebab depan x nampak hape pun. Luckily it's full moon. X la golap sangat.
 Sleeping at the beach
Memang survival habis la... Pit stop last kat pantai Laut China Selatan. Sampai je kat sana, kitaorang diberi peluang untuk tido. Sehelai sepinggang you... Bukan dalam khemah. Memang beralaskan pasir pantai dan berbumbungkan langit yang gelap. Memang sejuk. Freezing habis. Sweater yang aku bawak habis lencun ngan peluh time tracking menambah kesejukan aku malam tu. Tapi it is really a memorable moment. Rasa macam aku dekat dengan DIA. Bulan dan bintang malam tu cantik sangat. Subhanallah.
Yang x berapa nak bestnya, tengah-tengah kesejukkan dan kefreezingan tu, tetiba hujan turun. Pergh!!! Kelam kabut redah hujan pergi padang sasar UiTM tu. X de nasib nak tengok sunrise kat sana.
   Fish and net game
Game ni, I'm proud to say that I am the trickiest and hardest fish to catch. Hehehe~ Game ni mengajar aku untuk membuat strategi bagi elak diri jadi mangsa orang.
 Quest for food
Sape kata sumpit menyumpit tu senang?? Ini la satu-satunya kem yang kena masak sendiri makanan untuk lunch. Aikk... bukan senang tau nak dapat bahan. Kena main sumpit-sumpit dulu. Merasa jugak la camne susahnya orang asli yang duduk kat hutan tu nak cari makanan.
 Are you afraid of the dark
Oleh  kerana aku agak lemah semangat, game ni la yang paling buat aku gabra. Bukan 1st time pun aku participate dalam game ni. Tapi, time dulu-dulu, asal game ni, mata aku akan diblindfoldkan and jalan ikut tali. Tapi kali ni, dia x tutup mata. Arahan simple gile... Masuk kawasan hutan tu, pastu jalan je ikut tali. Tanpa lampu. Memang cuak habis. Time kat dalam hutan tu, aku rasa macam ada orang perhati and ikut dari belakang. Ok~ confident level naik sikit sebab dalam mind aku "Ooo~ fasi ikut kat belakang ke..!" Lagipun, kat track tu ada benda macam benda glow in the dark... Orang kata belerang. Ntah le~
Tapikan, esoknya, bila aku tanya sapa yang jaga kita time kat dalam hutan, Ustaz Zaid tu kata x de sape pun. Semua fasilitator duduk luar. Glupp!!! Sape plak yang ikut aku malam tu?? Huuu~

Dah~ dah~ Malas nak taip lagi da... hehehe


BESS TEAM BUILDING 
PHOTO COLLECTION
*sambil menunggu ketibaan fasilitator*
 *The Semut*
 *The Gula*
 *The Camp Mates*
*Orang kuat disebalik team building ni*
 *Kepoyooan yang ketara.. hehehe*
 *The flag is ours... It's our pride*
 *Best moment in memory*
 *In a mission to rise up flag*
 *Penyerahan bendera ke pihak BESS*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...