Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

May 8, 2011

my resolution

Assalamualaikum...


res·o·lu·tion

  [rez-uh-loo-shuhn]
1. a formal expression of opinion or intention made, usually aftervoting, by a formal organization, a legislature, a club, orother group. Compare concurrent resolutionjoint resolution.
2. a resolve or determination: to make a firm resolution to dosomething. 
3. the act of resolving or determining upon an action or course of action, method, procedure, etc.

Entri kali ni, aku nak cakap pasal RESOLUSI. Aku suka merancang masa depan aku. Tapi selalunya, perancangan yang aku buat x teliti dan hanya setakat merancang je. Tapi kali ni, aku harap sangat perancangan aku ni menjadi. Ni tentang rancangan pendidikan aku lepas habis Degree ni. Most of my member tau yang kalau boleh aku nak sambung Master terus lepas je selesai Degree ni, so.., aku dah siapkan beberapa perancangan bagi pastikan apa yang aku nak tu tercapai. 
Rewind beberapa tahun yang lalu...
Dari aku sekolah menengah lagi, aku bercita-cita nak pergi belajar kat Jepun. Aku memang amat minat & teringin nak pergi Jepun satu hari nanti.
 And to tell you'll the truth, sebelum aku kenal Arashi lagi aku dah start belajar bahasa Jepun.. Anggapan yang Arashi pengaruh aku untuk belajar bahasa Jepun tu hanya 30% je betul ek. X tau la..., mungkin minat ni muncul daripada ibu? Mak aku pun waktu study kat UM dulu, dia belajar bahasa Jepun. Bak kata orang "Mana nak tumpahnya kuah, kalau x ke nasi".
So, memang dari dulu aku dah buat U hunting untuk pergi sana... Aku jugak hampir-hampir je nak mohon Monbukagakusho scholarship... Tapi x de rezeki kan... qualification x cukup. Time tu, aku ingat lagi... Memang frust menonggeng!!

Forward balik current time...
Tapikan, semenjak dua menjak ni, aku start terfikir.. Aku ni beria nak belajar kat Jepun tapi U pilihan hati x de. Dulu, aku ingat kalau kat Jepun tu, kena belajar kat Todai (Tokyo Daigaku@Universiti) je.. Rupa-rupanya x... Isk... wat malu eden yo!
So, waktu final week ni, entah kenapa aku tetiba terbuka hati nak bukak website JLSM. Pas beberapa ketika, sedar-sedar aku tengah review beberapa potential universiti yang berjaya buat semangat untuk aku belajar kat Jepun tu membara kembali. Lepas pilih punya pilih, aku decide yang aku nak sambung belajar kat 
Keio Universiti
Reason utama aku pilih U ni sebab dia ada Faculty of Economics, School Graduate of Economics. Sesuai sangat ngan course sekarang yang aku amik kat UiTM nie. 

Sebagai memotivatekan lagi diri aku, 
aku sekarang ni ngah focus untuk memantapkan bahasa Jepun aku. Sambil tu, aku jugak ngah belajar menulis beberapa karekter kanji... Dengan tujuan, aku nak amik JLPT (Japanese Language Proficiency Test). Insyallah... Doakan aku ek.
Lagi satu, aku sekarang tukar desktop aku... Saja.., semata-mata untuk pastikan yang semangat yang aku ada ni x pudar.

dekstop aku sebelum exam
desktop aku masa exam week
desktop lappy aku lepas exam
memang aku saja reka khas untuk letak kat lappy.... untuk jadi penaik semangat la katakan.
Moga-moga impian dan doa aku ini termakbul.
Amin!!

Aku berkata-kata :  
Kat sini, aku nak minta tolong kat korang.
Sesiapa yang tau pasal apa-apa scholar @ pendapat tentang camne aku nak capai matlamat aku ni, sila la bagi komen kat entri ni ek...
Bab-bab study overseas ni memang buat aku blur sikit. 
Thank you :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...