Nak dekat seminggu dah event ni berlaku, tapi baru sekarang aku ada "hati" nak buat entri. Untuk entri ni, aku malas nak tulis panjang berjela... So, cerita aku berdasarkan gambar la ek..
Untuk bab 1 nie, gambar-gambar yang aku paparkan lebih kepada time training kitaorang. Waktu ni, kat UiTM Shah Alam lagi. Semua gambar ni diamik sehari sebelum kitaorang bertolak ke Perak.
Oh ye~ sebelum aku kongsi kat korang gambar-gambar ni, aku nak bagitau dulu, aku kat Perak x main untuk competition... Just main untuk function je.
Nape?? Mesti korang tertanya-tanyakan.... Malas nak terang panjang lebar, ringkasnya, sebab aku belum ready lagi plus ngan tekanan yang maha berat. Sayangkan....
Sedih?? Hmmm... tipu la kalau aku kata x sedih. Sedih giler kot. Tapi aku tau, kalau aku x tarik diri awal-awal, aku akan slowkan player DC nie. Sebab tu aku me'rela'kan diri untuk keluar. Lagipun, think positive. In future, banyak lagi event yang aku leh join... So, aim aku pas nie, aku training betul-betul & kalau ada rezeki, aku nak main time kat Swiss nanti.
Ok lah... banyak pulak aku tulis... Hehehehe~ Jom kita tengok gambar jom!!
"Playing The Songs"
Ni waktu rehat time practice untuk function. Oleh sebab aku x de instrument, keje aku duduk tepi je la... Hmmm~ nasib badan.
"Playing The Songs"
Ni waktu rehat time practice untuk function. Oleh sebab aku x de instrument, keje aku duduk tepi je la... Hmmm~ nasib badan.
"Cleaning Up The Marching Bell"
Sental lagi... sental!! Ha, ni la dia keje 2 orang ni. Diaorang tengah sental marching bell ni, biar kasi nampak bling bling sikit. Keje nampak senang tapi yang buat orang malas bila nak menyental benda ni. Auuu~
"The Arrival"
Opsss... ni bukan Freemason ke, Iluminati ke... bukan ek! Ni the arrival of new equipment. Time ni diaorang ngah pasang-memasang cymbal baru nie. Untuk comp kali ni, 2 orang dari cymbal line merasa pakai cymbal baru... Sapekah yang bertuah tu??
"Make It Shinier"
Kalau tadi aksi pasang cymbal, ini budak-budak ni ngah sibuk menyental cymbal.Elok-elok buat tu ek... Biar kasi nampak sikit reflection muka kat cymbal tu. Hihihi~
"Free Time"
Yang ni pulak, duduk sambil main alat-alat ni. Agaknya bosan sebab x yah sental-menyental kot... X dapat main sental-sental, main ketuk-ketuk pun jadi la ek.
"Practicing"
Dah habis sental, jom kita MAIN... eh.., silap!!! Jom praktis :D
"The Heart of Percussions"
"Discussion Time"
Dah ready semua instrument, sekarang ni, time untuk bincang formation lagu pulak... Orait yuu'allz, sila transform ke serius mode ek!
"A.....This, B.....That"
Ni la rupa diaorang time bincang formation tu. Masing-masing khusyuk dengar explaination.
"Experiment"
X kan nak dengar teori je... Mana paham... Ye dak?!! So, jom buat jom. Buat ujikaji... Lulus x formation nie.
"From Day to Night"
Aik... tetiba plak langit cerah tukar hitam. Yup..., diaorang sambung lagi berlatih malam tu. Setakat yang aku observe, memang banyak peningkatan yang aku nampak kat diaorang. Bangga giler ngan korang!!
Inner Thought :
Walaupun rasa sedih + frust waktu terpaksa keluar dari comp,
tapi aku nak stresskan kat sini yang tindakan aku ikhlas.
Ada hikmah disebalik aku keluar dari comp ni sebenarnya.
Time aku keluar dari comp,
aku dapat tengok all kind of reactions orang terhadap aku.
I had gave my best but still the effort aren't enough.
Lain la bila aku x ada inisiatif untuk usaha kan...~
No comments:
Post a Comment