Jun 16, 2012

it's been a long time

Hi bloggers~ 
Rindu kat mimie x?
Aiseyh! Perasan la plak ada orang rindu kat dia. Muaahahahah

Lama rasanya tak lawat blog sendiri. Tengok tadi, last post May, 16. Itu pun untuk promo barang arashi. Mak aih~ dah berhabuk... berdebu... rupanya blog aku nie.Sampai tak perasan yang lagu pun sebenarnya dah tak boleh play. Hmmm~ Nasib le!

Semester ni tak yah citer la. Ketara sangat ke"busy"an + ke"pack"an  jadual belajar. Mana taknya, tiap-tiap hari kelas habis pukul 6 petang. Bayangkan kalau kelas start pukul 8.30 pagi habis pukul 6 petang. Memang ofis hour dah nie. Dulu, time awal sem, lagi teruk. Time tu aku aktif giler ngan persatuan & band sampai malam pun kadang-kadang ada aktiviti jugak. Tapi sebab exam makin lama makin nak dekat, memang cari nahas la kalau nak aktif jugak. "Cukup-cukup la tu!" bak kata ibu ngan ayah. Apa boleh buat, time ibu ngan ayah habak mai camtu, tunjuk senyuman menawan je la. Kang balas balik kang, tak baik... durhaka nanti.

Sebenarnya tak lama lagi aku dah nak exam. Pergh!!! Type perkataan 'EXAM' je, kecut perut ooooo~ Semester ni tak macam semester lepas. Kalau sem lepas, paper final paling banyak takat 5 paper je. Tapi semester ni, dia kasi up 1 lagi paper final. Huuu~ masak aku!

Pulak tu paper kali ni semua dah masuk subjek 'kerak' dah. Meh sini aku share ngan korang paper apa yang aku amik untuk final kali ni.

Islamic Business Transaction (ISB540)
International Economics (ECO561)
Microeconomics (ECO539)
Macroeconomic (ECO557)
Econometric (ECO545)
Entrepreneurship (ENT530)

Apa macam? Nampak gempak tak? Aku kat sini dah berpeluh-peluh dah. Boleh dikatakan dari 6 paper ni, aku nomineekan Econometric ngan Macroeconomic sebagai paper PALING KILLER dan MEMBUNUH sekali la. 
Huuu~ ntah kenapa untuk ISB ngan ENT aku tak risau sangat sebab lebih kepada common sense 2 subjek ni. Tapi of course le tetap kena baca. Kalau tak, nak gorang apa dalam dewan peperiksaan nanti kan!! kan!!.  
Hope that everything will be well this semester. Insyallah~

Ok la... Aku nak merehatkan mata aku kejap. Hehehe... Kejap je ^^
Sehingga ber'blogging' lagi.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...