Jul 21, 2011

lepas gian XD

 Assalamualikum and halloz bloggers~
Waaaaahhh~ dah berabad lamanya aku x update blog ek.
Bukan pe, sejak jadi penganggur yang x berapa nak bertauliah ni, hidup aku tetiba je jadi malas + membosankan. Mana x nya, keje aku tiap hari 
Makan~
Minum~
Layan drama~
Tidur~
Masak~
Buat keje-keje pembersihan rumah~
Jadi dreba x bertauliah jemput adik-adik aku (kekadang la)~
Kalau kejap je ok la gak... Ni nak dekat 3 bulan camni... Bosan tahap gaban ooo..... X larat lagi nak duduk rumah je keje 24 jam! Help~ take me away!!!

Dah!! Dah!! Mula la nak melalut aku ni.
Setelah sekian lama aku x drive jauh-jauh (setakat kat Shah Alam ni je), Jumaat lepas, aku mem'volunteer'kan la diri nak jadi dreba ayah amik adik lelaki aku yang kat Serting tu.

Bak budak-budak kecik yang dah lama x makan cokelat, aku bukan main HAPPY  lagi bila dapat drive.
Hampir 140km/h ++ jugak la aku pecut~ (woot... woot... jangan lapor pak polisi ya~)
Lagi-lagi kat highway lurus yang kat LEKAS tu... pergh!!! sedap beb~ sesuai benor ngan nama highway tu... Pastu aku ikut jalan dalam. Guna jalan lenggeng -> kuala kelawang -> serting.
Waktu time kat lenggeng nak ke kuala kelawang tu, mak aaaaih~ jalan.... bak ular sawo ngah melingkar je aku tengok.... bersimpang-siur.

Korang tau tak yang sekarang ni rupa-rupanya tengah musim buah. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan aku pergi ke Serting tu, mak aih... kiri kanan aku nampak buah. Bukan buah yang biasa-biasa tu tau... Ini RAJA untuk segala buah... Aaaaa~ korang mesti dapat agak kan.
Yup.... kiri kanan aku nampak orang jual beli durian.
Ayah aku kat sebelah dah rambang mata da. Habis aku kena berhenti kat pit stop 3 kali sebab ayah nak beli durian. Ooppsss... bukan beli ye... BORONG durian. Petai pun ada tau! Alahai... terpaksa la aku menahan bau "wangi" durian tu dalam kete... Pening wooo~ kuat giler bau.

Balik lepas amik Amil kat MRSM aku ingat guna jalan Kuala Pilah tu... Tapi dak~ Rupa-rupanya ayah suruh ikut jalan kelawang-lenggeng tu... Sebenarnyakan, kalau pepagi ke... petang ke... berani gak la aku ikut jalan tu. Bukan sebab jalannya yang bersimpang-siur tu... Takk....~
Ini sebab kiri kanan hutan.... Walaupun lalu jalan kampung tapi bila malam, seram sikit la
(bagi aku laaaaa).
Sepanjang perjalanan, time aku tengok signboard je, mata aku mesti tertumpu kat perkataan KARAK tu... "Alamak~ lalu karak ke???" kata inner me... Satu la yang aku GLAD sangat-sangat!!!
Nasib baik aku tak tengok cerita KARAK tu... Kalau tak, sumpah x nak lalu pendalaman lagi.... Uuuu~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...