Feb 17, 2011

temuduga kali ke-2

Semalam, buat kali pertamanya aku terpaksa ponteng kelas Mr. Robin. 
Ni la sebab musabab dia :
Yup.... aku gi temuduga untuk pinjaman lagi sekali...~
Semalam jugak sebenarnya hari bersejarah dalam hidup aku. First time parents aku benarkan aku drive kat highway tanpa pengawasan diaorang. At first ibu ragu-ragu gak nak lepaskan aku. Yelah, dia tau perangai anak perempuan dia ni... 
Mana x nya, kalau drive tu, cam kena kejar ngan polis... Fuhh, laju, x yah cakap..., Dah pulak tu, x reti2 nak slow down time nak belok or nak berhenti... Suka sangat berhenti mengejut, tu nie.., tu nie..., 
Kata mak aku la.. hehehehe. Aku bukan pegi sana sesorang. Tapi berteman!! Hmmm, jangan pikir bukan-bukan ek... Aku angkut Awin (adik je) sekali.
Awal pagi lagi aku dah bertolak dari rumah. Pukul 7.40. Opss, bukan terus gi PJ tu. Singgah UiTM jap. Apape hal pun, assignment kena hantar dulu. So, aku pas la segala assingment aku kat Fiza. Pas sarapan, dalam 8.30 baru kitaorang gerak pi PJ. And as expected, jalan nak pi sana memang jam. Time orang nak pi keje la katakan. Dipendekkan cerita, sampai kat AmCorp Mall tu dalam pukul 9 lebih. Lum pukul 10 lagi. Kira cepat gak la ek aku sampai sana. 
Kat sini la tempat aku kena interbiu tu 
At first aku nak tunggu sampai betul-betul pukul 11 baru pi bangunan yayasan selangor yang terletak betul-betul sebelah Amcorp Mall tapi second thought, baik aku naik awal, leh habis awal. And guess what, tepat lak sangkaan aku. Bayangkan, aku naik dalam pukul 10, tunggu giliran x sampai 10 min dah kena panggil. Interview ngan orang tu plak x sampai pun 30 min. Rasanya ada la dalam 10-15 min je kena interview. Then, sampai balik shah alam dalam pukul 11. Betul..., x tipu. Si Awin yang bajet nak ponteng sekolah pun sedih sebab kitaorang balik awal.. Hehehehe~ aku memang "suuukkkee" buat orang frust kan.. Oleh sebab kelas OPM start pukul 12.30, petang tu, aku pun mengikhlaskan dan merelakan la hati aku untuk pergi kelas. Alhamdulillah. X de la aku sesuka hati nak ponteng kan!!

Peristiwa waktu temuduga

Aku observe, orang lain gi temuduga tu bawak kawan yang temuduga sekali or x pun bawak parent. Aku pulak bawak adik... Ha, amacam, kakak mithali x? Hehehehe~
Time nama aku kena panggil ngan akak kat kaunter pendaftaran tu, si Awin leh plak tepuk tangan sambil 'Uuuuu~' macam nama aku naik untuk amik anugerah je. Kuat pulak tu. Sokongan dia unik betul. Malu plak aku ngan akak kaunter tu.., mana x nyer, waktu aku pandang, akak tu ngah tahan gelak tengok gelagat awin. Nasib baik le adik! 

Antara soalan yang diajukan kat aku :
Ceritakan serba sedikit tentang diri awak.
aku cerita la serba sedikit tentang diri aku.
Awak ni tahun ke berapa kat U ni?
Saya tahun pertama tapi dalam semester yang kedua. Maknanya pengajian saya akan habis dalam 2 tahun lagi. Insyallah...
Apa yang awak tahu pasal negeri Selangor ni?
Hmmm.. apa ye? Saya tahu nama sultan selangor & nama menteri besar selangor. PJ, Shah Alam, Klang, Banting, semua terletak di negeri Selangor. Hmmm.., Shah Alam dikenali juga sebagai Bandar Anggerik dan saya juga tau yang sultan Selangor x benarkan pawagan dibina kat Shah Alam.
hehehe~, ada stail x? Nerves kot. Aku x tau lagi nak kata pe pastu.
Katakan la kerajaan nak bukak kuota untuk non-bumiputera dalam IPTA, apa pendapat awak?
Pada pendapat saya, ada kebaikan & keburukan dia. Kebaikan : pelajar bumiputera dapat tingkatkan lagi persaingan dan keburukan pulak, bila kuota dah dibuka kepada non-bumi, peluang untuk bumiputera dapat tempat di IPTA semakin tipis sebab non-bumi dah pastinya akan strive very hard untuk dapatkan tempat di IPTA. 



Aku berkata-kata : 
Ha..., ala-ala camtu la aku jawab. Tapi x la sebijik camni. Hari kejadian tu, ayat aku lintang pukang. Takpelah.., yang penting aku dah buat sedaya yang boleh. Pasni tunggu result la dapat ke x pinjaman tu... Harap-harap la dapat. Amin

3 comments:

Athirah said...

heee found blog awak bile type keyword temuduga yayasan selangor :)
saya pun dpt temuduga nie next week..
any tips??? org interview tu tanye in english or malay ek?? tq for ur cooperation. tlg lah ea bgi tips <3

♥♥LiTTLeGirLz♥♥ said...

assalamualikum~
hi~ sori la... bz sikit. tu yang x dapat balas awal tu. anyway, dipanggil interview ek~
CONGRATULATIONS tapi ingat... ni ujian je dulu tau...
biasanya interview tu dalam BM tapi just siap sedia kalau-kalau interviewer tu nak cakap ohang puteh ngan kita.
tips~ mulakan langkah dengan Bismillah ngan selawat. Lagi satu, kalau boleh, sebelum gi interview tu, baca la serba sikit tentang negeri selangor ni.

Good Luck for the interview tau XD

Athirah said...

terima kasih awak atas tips tu:)
saya pun dah start cari psl negeri selangor nie sikit2. tu lah takut2 die tanye in english pulak -.-" dah lah english saya nie kureng2 sikit.

terima kasih sekali lagi.
salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...