Feb 21, 2011

Jom beramal dengan DUIT

korang tau x yang kita sebenarnya leh beramal ngan DUIT?
x caya??
kali ni, aku nak kongsi ngan korang entri yang aku rasa best untuk dikongsi.

Betol- betol. Kalau kita nak berjaya. Memang WAJIB lah kita buat DUIT.


Haa.. Kalau korang baca entri ni, sebab fikir aku nak cite cara buat duit. Memang entri ini bukan untuk korang lah. Sebab DUIT yang aku nak cerita ni, DUIT yang bukan sebarang duit. DUIT disini membawa makna yang besar. Tapi melalui DUIT ni korang boleh jugak buat DUIT. DUIT aku disini  ialah;-

 D : DOA
 U : USAHA
 I : ISTIQAMAH
T : TAWAKAL 

Setiap apa yang kita inginkan, baik result yang meletup, rumah banglo sebijik mahupun kereta Bentley yang satu. InsyaAllah boleh kita miliki. Dengan syarat, kita dahulukan yang wajib serta amalkan yang sunat

Bila kita hendakkan sesuatu, aku kira itu niat lah. Contohnya aku nak DEAN AWARD sem ni, kira tu aku pasang niat dah. 

Lepastu, sepanjang sem ni, aku rancang, NO MOVIE TIME, LESS SURFING & MORE STUDYING. Andai aku laksanakannya, aku kira itu usaha. 

Lalu, aku bagi komitmen dalam kelas, sentiasa ingat dan pegang pada usaha dan niat aku yang satu. Itu, istiqamah. 

Akhirnya, test sudah, mid term sudah, Final pon sudah. Tinggal masa untuk berdoa, beribadah dan tawakal. Tawakal, percaya pada kuasa tuhan yang satu, dan redha dengan ketentuannya kelak.

Ini cara yang baik dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan di bumi ALLAH yang satu ni.

Andai complete DUIT korang, Yang maha ESA pon perkenankan segala DOA korang. Alhamdulillah. sekiranya tidak. JANGAN BERHENTI BERDOA. Teruskan usaha dan pertambahkan sedikit amalan sunat.

Kebiasaannya, (ini aku kongsi sikit lah) bernazarlah, sebelum pasang niat mahukan sesuatu itu. Janjikan dengan sesuatu pulangan sekiranya D.U.I.T korang diterima. 

Biasanya, nazar aku buat puasa. Tak kira 3 hari ke 2 hari ke. Andai diperkenankan doa dan permintaan aku atas DUIT yang aku buat, aku tunaikan nazar tu. Andai tak, kadang kala aku tunaikan nazar tu jugak, dapat lah pahala lebeih. InsyaALLAH next time dia perkenankan doa & usaha aku.

Aku buat entri ni saja je, selalu merepek, merengus kat sini. Sekali-sekala bagi nasihat., share ilmu, okay jugak kan? :) Semoga korang amalkannya !
thanks kat Hani sebab bagi izin kat aku untuk share ni.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...