Feb 13, 2012

satu masa dahulu : GTE

Hi readers... ^^
Kali ni aku nak cerita pulok pasal team building camp yang aku sertai.
Sebenarnya aku pernah je cerita pasal team building ni kat blog tapi yang tu post-it version.
Hok ni aku nak cerita yang panjang berjela sikit. Lalala~

Team building ni diadakan kat Agrotek Garden Resort.
Acara ni berlangsung selama 3 hari. Mula Jumaat and as usual habis Ahad.
Tarikh langsung 23hb - 25hb September tahun lepas.
Oleh sebab acara ni 3 hari, aku tak dek la nak cerita detailssss sangat. Nanti jadi macam karangan plak. Padahal dulu time sekolah bila cikgu suruh hantar karangan bukan main liat lagi.
Aku just cerita secara pandangan kasarnya jew~ Berdasarkan gambar. So, dengan ni, boleh la korang bayang-bayangkan ek.

Untuk team building ni, tiap society kat fakulti bisness ni dimestikan untuk hantar wakil. So, kitaorang pun memvolunteerkan la diri untuk pergi (walaupun pada mulanya aku malas gak nak pergi.. hehehe).
Jadi, kitaorang 5 orang ni jadi wakil BESS untuk pergi berseronok... hohoho
*aku,eja,syida,amamore,mirafiqa*
 Sumpah serius aku cakap tempat tu cantik giler!
Nak buat family day pun, dah memang terbaek la. Dah la ada sungai mandi manda kat situ, ada tempat flying fox, ada kolam ikan, ada mini field yang sesuai untuk buat sukaneka~ Smart!
Gambar bawah ni pulak... 
 Ha~ diaorang ni la orang-orang kuat disebalik team building ni. Bukan senang tau. Ramai kot peserta yang diaorang ni kena handle. Good job guys and girls. ^^
VS
Time ni kitaorang tengah mendengar serba sikit penerangan dari pihak penganjur/penaja.
Khusyukkan semua orang >.<
  Untuk event ni, x semuanya aktiviti outdoor tau. Kitaorang still ada 1-2 aktiviti yang melibatkan pendengaran. Contohnya, time slot penerangan khas MPP berkenaan dengan society and much much much more. 
 *breaking the ice barrier time.. my group named Melati a.k.a Melats*
*aktiviti malam bermula.... alahai~ mengasingkan biji-biji kacang dari saudara-maranya*
Malam ni jugak la beberapa kes penculikkan telah berlaku.  Yang sedihnya, aku jugak salah sorang mangsa penculikan tersebut. Hu hu hu~ sedihnye!
Kitaorang kena quarantine dalam jail. Tapi korang jangan la cemas tau. Ni bukan kes culik betul-betul. Tujuan diaorang buar camni just nak tau sama ada ahli kumpulan kitaorang yang tengah khusyuk mengasingkan kacang dari tepung ni alert tak dengan ketidakadaan kitaorang time tu.
Tapi best gak kena quarantine. Dapat makan supper. Hehehe~
Esoknya~
 *meredah hutan belantara*
2 gambar atas ni pulak disnap time kitaorang dalam hutan. Sejak dari dulu lagi aku suka bila bab-bab masuk hutan nie. 
 *ni pulak gambar yang disnap sejurus lepas keluar dari hutan tu*
 *mandi manda time*
Aku rasa team building ni is more to holiday la pulak. hehehe~ lepas je keluar dari hutan yang tak berapa nak tebal tu, kitaorang diberi masa sampai waktu zohor untuk bincang pasal malam kebudayaan. Pastu untuk sesiapa dah gatai-gatai badan saja nak mandi sungai tu, dibolehkan tapi dengan pengawasan ler. Dan demi nak mandi sungai tu, group Melats pun bincang la apa yang kitaorang nak buat malam kebudayaan nanti dengan rapidnya.
Tak lama kemudian, apa lagi... Dushhhh~! Eh... dah masuk sungai la. Hehehe.
Dalam jugak tau sungai dia. Sejuk!! Best!! Puas hati giler!! Hahaha~ Ada anak ikan berenang-renang jugak! Ok... dah start kebatakan.
Petangnya~
Tada!!!
Flying fox time. Ok~ time ni aku memang nerbes gila-gila sebab 1st time aku naik flying fox dari tempat tinggi giler. Bagi yang gayat, korang tengok route dia, memang mencabar la~ Tapi bila dah sampai bawah, rasa seronok macam nak naik 2-3 kali pulak. Tapi tak dapat. Ramai lagi beratur kat atas nun. Tu pun x semua yang dapat naik flying fox ni sebab tak lama kemudian hujan turun selebat-lebatnya. Aku ni diantara mereka-mereka yang bertuah la sebab dapat try sebelum hujan memunculkan diri.
Malam tu pulak~
*Syahmin dan penari latarnya*
Pewwiittt~ mimie menari.. Depan orang plak tu. Aaaaaa..... Siyes time ni malu giler.

Ok la... untuk entri ni sampai sini je. Last day tak de pape sangat yang nak diceritakan sebab orang lebih fokus untuk balik Shah Alam. 
Lagipun I need my sleep yaw ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...