Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Jun 17, 2012

precious days with precious ones

Kali ni aku nak cerita story de' morey aku time cuti sem yang dah lepas dah. Berminggu-minggu lepas (26.06.12-03.07.2012) aku ngan family gi bercuti. Sebenarnya, sejak aku masuk U ni, dah agak lama jugak la aku tak pergi bercuti ngan family. Asyik kena tinggal je.
 Mana tahan beb. 
Time aku cuti, adik-adik aku sekolah. Time aku kuliah, adik-adik aku cuti. Last-last, aku putih mata je la dengar diaorang pergi bercuti. Huuu~ So, nak dijadikan cerita, kebetulan cuti sem kali ni sama dengan cuti mid-sem sekolah. Diorang kali ni plan nak bercuti 3 hari 2 malam. Start hari Sabtu, balik Isnin. Itu pun ayah kata kalau aku tak ikut, diaorang nak extend. Sedih tau.... Mana taknya, ibu dapat cuti time dekat-dekat aku nak balik asrama. Ini pun, aku kena amik "cuti khas" kalau nak ikut diaorang pegi bercuti. Aku pun, apa lagi. By hook or by crook, aku NAK JUGAK GI FAMILY VACATION. Ikut plan, hari Sabtu, kitaoang gerak pergi Cameron Highland. Tidoq semalam kat sana, esoknya baru bertolak pegi Hot Spring kat Sungkai.
Oleh sebab nak tempah awal dah tak boleh, semua hotel kat internet ni Fullybooked, jadi sebenarnya time pergi Cameron tu, kitaorang satu family main pakat terjah je. Ikut nasib. Nasib baik, ada la dapat bilik untuk kitaorang tido. Kalau tak de nasib, tido dalam kete yo lah. Alhamdulillah. Rezeki kitaorang ada hari tu. Kebetulan, ada tinggal SATU je bilik kosong lagi kat satu hotel kat area Brinchang, Cameron tu. Semua bersyukur. At least tak payah tidoq dalam kete. Dah la nak naik Cameron... mak aih, jam dia tak payah nak cakap. Lebih 3 jam stuck kat dalam cameron je. Dengan bau brek ngan clutch lagi. Pening yang amat sangat. Nasib baik la tak ber'wek-wek' kat dalam kete tu. Kalau tak, susah hidup weyh!

Kebetulan jugak, hotel yang aku duduk tu dah dekat sangat ngan tempat pasar malam Brincang. Apa lagi... lepas uruskan check-in, solat, semua bagai, aku ngan family aku pun pergi la jalan-jalan kat pasar tu. Jalan je sudah. Tak payah naik kete pun. Kalau dah ada kat Cameron ni, apa lagi.... 
STRAWBERRY CHOCOLATE la benda pertama yang aku usha.
Tapi sekarang dah mahal la. 3 cucuk strawberry pastu tambah coklat je rm5. Tak puas makan wooo~ Lagi-lagi kalau kena kongsi ngan adiks-adiks kus yang makan pun tak ingat dunia. Untuk cukup syarat, beli sekali je la. Kalau nak makan lagi, borong strawberry pastu kat rumah kang buat double boiling untuk cairkan coklat. Lepas tu, makan le. Tapi..... hmmm~ angan-angan je la. 
Beli bukan main banyak strawberry tapi tak sampai malam semua buah strawberry tu dah habis. Tak sampai sehari pun. Hmmm~ Malam tu, aku ngan adik-adik aku jalan sekali lagi kat pasar malam tu. Tak beli apa sangat. Ntah... tak rasa nak beli apa. Setakat tengok-tengok je. (Penipu... padahal bajet tak de.. hihihi).
Ok, jom kita usha gambar time kat Cameron jom!!

*strawberry.... strawberry.... strawberry...*
Ini je yang sempat sampai ke bilik hotel aku. Hahaha~ sikit kan.

 *purple orchid*
Cantik la pulak aku tengok bunga ni. Credit to awan yang hanya lebih fokus tangkap gambar bunga, sayur, teddy bear, rumput, gunung-ganang, dan lain-lain daripada tangkap gambar kitaorang kat Cameron.

 *gambar kontrol comel*

*marshy+strawberrry+chocy*
Ada lagi satu benda yang aku makan... Pure pudding strawberry with choco syrup ada jual kat situ. Lupa pulak nak amik gambar tapi... slurrrrpppp~ SODAP giler!

 *gambar poyo-poyo je*
Hahaha~ time ni aku ngan on the way balik dari Cameron. Next destinasi Sungkai plak. Tapi sempat lagi singgah kat kebun teh kat Cameron tu. Siap beli teh sikit bawak balik kolej. Boleh cicah ngan biskut hup seng pagi-pagi untuk breakfast.

*little spoil brat angel*
Memang tak nak lepas langsung. Even though kitaorang dalam kereta. Takpe la. Bagi dia lepaskan rindu. Hehehe~ aku pun rindu jugak adik terlebih manja aku sorang ni. 

*our hero*
Ya Allah... mata aku ketara sangat sembab dia. Huuu~ Like father like daughters.

 *kami menggewdiks*
Ni la untungnya ada adik perempuan yang ramai. Senang nak buli. Ke ke ke.. Nak posing comel-comel pun ada teman.
Ok la... disebabkan gambar yang time kat Sungkai tu ada kat hard-disk ayah, nanti-nanti aku update holiday aku kat Sungkai pulak ek. 

Feb 13, 2012

my sweet angel

Hari ni kan, my little angel sangat sangat sangat sangat sweet~
Nak tau dia buat apa... 

Ni dia
 Ada orang tu tolong lipat baju... Sweet kan~ 
Ni la hasilnya. Walaupun x seperti yang orang buat kemas dan teratur tapi aku tetap rasa terharu.
Thank you Sheera 

Nak tengok x koleksi gambar kerete Sheera....
Tadaaa~

Sep 10, 2011

raya ooo raya

ni entri untuk raya ke-2 ngan raya ke-3 aku pulak.
Raya ke 2 aku ngan family balik Tanjung Karang. Tapi masyallah.. bertolak dari rumah pukul 11 tapi sampai kat sawah sempadan tu pukul 4 petang. Yikes... JAM punya pasal.

Sampai kat Tanjung Karang, singgah rumah Cik Din ngan rumah Cik Wok. Tapi x de nasib. Diaorang x de kat umah. So, kitaorang terus pergi rumah mama ngan rumah Wak Ngah kat sawah sempadan. Kitaorang x lama sangat kat Tanjung Karang sebab lepas tu kena pergi Serendah. Esoknya Cik Yah nak buat kenduri Doa Selamat ngan Tahlil, so ibu nak pergi awal. Boleh la tolong-tolong apa yang patut.

Rabu tu, hampir semua Ibrahim's Family ada kat umah Cik Yah. Sedara-mara aku MEMANG ramai. Meriah habis la. Dari baby sampai nenek... semua kategori ada. Kat dapur tu, mampat da aku tengok. Dah ramai sangat yang menolong sampai aku x tau nak buat pe. Lepak ar ngan budak-budak.


Berposing habis family aku ni. And as promise, aku tunjukkan blous ngan rupa aku 1st time pakai shwal.

Gelagat Raya kami

 Penyeri dan yang memeriahkan majlis. Anak-anak sape ni?? XD L.O.L

raya comes again

Raya datang lagi. Alhamdulillah~ aku berpeluang sambut raya lagi bersama keluarga aku yang tersayang & terchenta. As usual... raya pertama ni, aku raya kat umah@shah alam je. Tapi alhamdulillah... setelah beberapa tahun x dapat pergi, kali ni aku dapat menunaikan solat aidilfitri. Sayu seyh time tu. Dah bertahun gak la x buat solat sunat ni. Perghh... kat Masjid Negeri Selangor tu, aku rasa dah macam masjid international da. Macam-macam orang dari macam-macam negara ada. Semua dengan tujuan yang satu (I hope). Alhamdulillah~

Raya kali ni special sikit. First, sebab Kak Miera ngan Mok Chu (Pok Chu buat umrah.., Acik Zaharin ngan Abang Iqbal plak raya ngan isteri baru diaorang) memeriahkan lagi raya kat umah aku ni. Second sebab ibu ngan ayah benarkan aku drive kete sendiri untuk beraya..! Oh yeah!!! Bawak 2 kete la maksud er. Puas driving seyh! Dah lama gak aku x bawak jauh-jauh. Perjalanan hari tu
Shah Alam - Seremban - Rembau - Hulu Langat - Shah Alam
Jauh x jauh.

Cut short, jom tengok gambar jom 


  Potrait keluarga 2011
Hari mulia ni, minta ampun dan maaf serta keberkatan dari ayah & ibu
 Hidangan wajib raya : Rendang, Kuah Lode ngan Kuah Kacang makan ngan Nasi Impit
Kat umah Pak Long, kami ratah sup Gear Box... pergh~ masyuk!

Atas permintaan.., kitaorang pun main la bunga api malam raya pertama tu

#dah besau dah... kepada sesape yang bagi mimie duit raya lagi, thanks banyak-banyak ek.
#raya kali ni gambar aku x banyak. ye ar, ni la akibatnya bila kita jadi photographer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...