Apr 19, 2011

exam week - day #1

Hari ni hari isnin. Semangat untuk aku belajar, pergh! Tinggi menggunung. Kata orang, bak setinggi gunung himalaya tu.
Aku mulakan hari dengan Bismillah. Mandi, awal dari biasa. Kemas meja belajar, laptop bukak tapi jauh sebatu dari aku. Laptop kat bilik, aku kat LUAR bilik. Time nak bukak buku, telefon berdering..
'Kring!! Kring!' Aku angkat je, aku dengar suara MERDU kawan adik aku,
"Woi BODOH, ko kat ne? Datang sekolah cepat la" 

 
Aku yang menjawab telefon ni blur~
Aik, sapa bodoh? Amboi, sesuka hati cakap orang bodoh. Telefon rumah orang lain, bukan reti nak bagi salam ke apa...
Opss.., aku x de la balas balik camtu kat budak tu... Aku jawab dengan nada suara yang agak keras,
"Nie sapa ni? Nak cakap ngan sape ni?"
Pastu.., Tuuuut~ Tuuuut~ Talian putus. Hampeh punya budak! Selang bape minit, tepon berbunyi lagi. Aku angkat:
 "Hello, ni rumah Syaz ke?" 
"Ha'a... Ni rumah dia. Ni sape?"
"Ni kawan dia. Syaz ada?"
"Dia tengah mandi. Kenapa ek?"
"Nanti boleh suruh dia pergi sekolah awal sikit x? Kitaorang sepatutnya ada perjumpaan sekarang ni"
"Ha, yelah... Nanti akak bagitau"
Padahal, waktu kawan adik aku tu call, adik aku ni ngah berlingkar lagi dalam selimut dia.
Aku kejutkan la budak ni. Rupa-rupanya adik aku ada latihan menari da~ Oleh sebab dia dah lambat, aku kena la hantar dia pergi sekolah tu. Dah alang-alang kuar, aku beli sekali nasi lemak lauk kerang untuk breakfast. 
Sampai rumah balik dalam pukul 8.30 pagi. Time aku sarapan, aku tengok Himitsu No Arashi-chan. Dalam 30 minit je.. Pastu kembali hadap buku. 10 min lepas tu,
 zzZzzzZZzzzZZz... boleh aku tertidur. Adus!! Aku sedar balik dalam pukul 12 lebih nak ke 1 petang. Adoi! Punah harapan nak menelaah buku. Bukak-bukak mata tu, aku tengok hp. Sms dari mira, tanya pasal problem video jepun tu. Kitaorang decide nak jumpa kat Barra untuk selesaikan problem tu sambil makan tengahari.
Sampai kat Barra dalam nak ke pukul 2. Makan dalam 30 minit ke 40 minit, sambung bincang pasal video. Alamak, macam x de penyelesaian lain melainkan kena edit balik video ni. Ah sudah..., satu keje lagi. 
Mak.... TULUN. Belajar?? Dah x ingat langsung. Pikir pasal problem video pulak. Last-last, download screenshot software. Selesai ke x masalah?? X tau la... Tapi rasanya macam tak. Tengok-tengok jam, dah pukul 5. Perghh! Lama gila aku kat Barra ni.
Balik, as always, amik Awan kat sekolah. Then amik Sheera kat rumah Cik Aya. Sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Level untuk aku sambung belajar dah rendah dah. Dalam pukul 7 baru start masak agak kemalasan disitu ek... Pukul 8 habis masak & ajak semua makan malam...
Dalam 8.30 siap pergi latihan band. Hari ni, aku try habiskan blaja spicemon.
Alhamdulillah, ada peningkatan la sikit. Sebagai alternatif, aku mintak Sabri main spicemon and aku rekod. Boleh tengok & revised banyak kali kat rumah. Hari ni training sampai pukul 11 je. Alhamdulillah... Balik, bukak FB jap, pastu update blog jap... Pasni, insyallah kembali bukak buku balik...
Huuu~ jom beromen ngan HR jom!

Aku berkata-kata : 
Maaf tapi aku nak luahkan jugak, 
Aku rasa sekarang ni, makin ramai orang mencarut. 
Masalah ni makin menular sampai budak kecik pun terikut-ikut sama.
What a BAD example. 
Apa nak jadi ni??
Kerajaan punyalah promote "BAHASA BUDAYA KITA"
Tapi, kenapa kita sendiri x nak jaga bahasa kita?
Bahasa yang sopan dah jadi kasar.
Bak kata sa'di, moral degradation among youngsters.
Perkataan mencarut ni dah jadi seperti perkataan-perkataan biasa da.
Ada yang consider x sensitif pun ayat ni... Ye la, dah biasa sangat dengar.
Tapi bagi aku, mencarut ni x patut dijadikan sebagai satu yang "NORMAL"
It is unnormal at all..., you know it inside yourself... 
Jangan nak terlalu ikut budaya orang barat.

Aku berkata-kata lagi :
Macam kanak-kanak tak entri ni?

2 comments:

m i r a f i q a said...

aku suke part kau rakam sabri. keh3

♥♥LiTTLeGirLz♥♥ said...

fuh... belum sempat siar kan sini lagi ko dah tengok dah... hahaha~ lucu tengok dia shy-shy aummm.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...