♥

Jun 18, 2012

one more week to go

Hi bloggers~
Hari ni 18hb Jun dah. 
Meaning that i have another ONE more week to face the dearest and deadliest moment in my life every semester. 
Yup~ at moment when most of my friends had their freedom after their final paper, mine is just about to begin. Duhh... nak buat macam mana kalau final paper UiTM start lewat 2 minggu.
Sebenarnya waktu aku tulis entry ni, aku baru je habis dari kelas IE (international economic). Lepas sudah turn group aku untuk present. Lega... report pun dah selamat submit kat lecturer minggu lepas lagi. Opss, mimie! Jangan tarik nafas lega dulu. Hang still ada report BEL ngan business plan untuk ENT yang kena hantar tau! Rabu ni pulak present BEL. Mmmm~ 
Kali ni roomate aku balas dendam. Kalau sem lepas paper dia paling lambat habis, kali ni paper aku pulak yang lambat habis. Nak buat macam mana~ dah nasib badan. Huuu~ Semester ni paper aku banyak waktu petang. Semua paper akan aku jawab kat DRMM kat seksyen 7 tu. 
Nampak tak?? Nak jawab paper final pun kena keluar UiTM tau. So, apa lagi. tanduk pun tetiba rasa macam nak tumbuh. Nak bawak kete la. At least aku boleh pergi awal kat exam hall. Hehehe~

Ok la. Aku nak pergi makan pizza hut ngan roomies aku. Tata.

Jun 17, 2012

二宮和也の手紙へ


きゃ~
今日は二のちゃんのお誕生日だよ!

 

二宮和也さん
お誕生日おめでとうございます。

今年、あなたは29歳ですね。
ちょっとおじさんだね。うそ~うそ~
まだまだかっこいだよ!
本当におめでとうございます。
今年もずっともがんばってください。
私がずっと嵐におえんする! 


いつか絶対に嵐のコンサート行きます!
約束だ!^^

precious days with precious ones

Kali ni aku nak cerita story de' morey aku time cuti sem yang dah lepas dah. Berminggu-minggu lepas (26.06.12-03.07.2012) aku ngan family gi bercuti. Sebenarnya, sejak aku masuk U ni, dah agak lama jugak la aku tak pergi bercuti ngan family. Asyik kena tinggal je.
 Mana tahan beb. 
Time aku cuti, adik-adik aku sekolah. Time aku kuliah, adik-adik aku cuti. Last-last, aku putih mata je la dengar diaorang pergi bercuti. Huuu~ So, nak dijadikan cerita, kebetulan cuti sem kali ni sama dengan cuti mid-sem sekolah. Diorang kali ni plan nak bercuti 3 hari 2 malam. Start hari Sabtu, balik Isnin. Itu pun ayah kata kalau aku tak ikut, diaorang nak extend. Sedih tau.... Mana taknya, ibu dapat cuti time dekat-dekat aku nak balik asrama. Ini pun, aku kena amik "cuti khas" kalau nak ikut diaorang pegi bercuti. Aku pun, apa lagi. By hook or by crook, aku NAK JUGAK GI FAMILY VACATION. Ikut plan, hari Sabtu, kitaoang gerak pergi Cameron Highland. Tidoq semalam kat sana, esoknya baru bertolak pegi Hot Spring kat Sungkai.
Oleh sebab nak tempah awal dah tak boleh, semua hotel kat internet ni Fullybooked, jadi sebenarnya time pergi Cameron tu, kitaorang satu family main pakat terjah je. Ikut nasib. Nasib baik, ada la dapat bilik untuk kitaorang tido. Kalau tak de nasib, tido dalam kete yo lah. Alhamdulillah. Rezeki kitaorang ada hari tu. Kebetulan, ada tinggal SATU je bilik kosong lagi kat satu hotel kat area Brinchang, Cameron tu. Semua bersyukur. At least tak payah tidoq dalam kete. Dah la nak naik Cameron... mak aih, jam dia tak payah nak cakap. Lebih 3 jam stuck kat dalam cameron je. Dengan bau brek ngan clutch lagi. Pening yang amat sangat. Nasib baik la tak ber'wek-wek' kat dalam kete tu. Kalau tak, susah hidup weyh!

Kebetulan jugak, hotel yang aku duduk tu dah dekat sangat ngan tempat pasar malam Brincang. Apa lagi... lepas uruskan check-in, solat, semua bagai, aku ngan family aku pun pergi la jalan-jalan kat pasar tu. Jalan je sudah. Tak payah naik kete pun. Kalau dah ada kat Cameron ni, apa lagi.... 
STRAWBERRY CHOCOLATE la benda pertama yang aku usha.
Tapi sekarang dah mahal la. 3 cucuk strawberry pastu tambah coklat je rm5. Tak puas makan wooo~ Lagi-lagi kalau kena kongsi ngan adiks-adiks kus yang makan pun tak ingat dunia. Untuk cukup syarat, beli sekali je la. Kalau nak makan lagi, borong strawberry pastu kat rumah kang buat double boiling untuk cairkan coklat. Lepas tu, makan le. Tapi..... hmmm~ angan-angan je la. 
Beli bukan main banyak strawberry tapi tak sampai malam semua buah strawberry tu dah habis. Tak sampai sehari pun. Hmmm~ Malam tu, aku ngan adik-adik aku jalan sekali lagi kat pasar malam tu. Tak beli apa sangat. Ntah... tak rasa nak beli apa. Setakat tengok-tengok je. (Penipu... padahal bajet tak de.. hihihi).
Ok, jom kita usha gambar time kat Cameron jom!!

*strawberry.... strawberry.... strawberry...*
Ini je yang sempat sampai ke bilik hotel aku. Hahaha~ sikit kan.

 *purple orchid*
Cantik la pulak aku tengok bunga ni. Credit to awan yang hanya lebih fokus tangkap gambar bunga, sayur, teddy bear, rumput, gunung-ganang, dan lain-lain daripada tangkap gambar kitaorang kat Cameron.

 *gambar kontrol comel*

*marshy+strawberrry+chocy*
Ada lagi satu benda yang aku makan... Pure pudding strawberry with choco syrup ada jual kat situ. Lupa pulak nak amik gambar tapi... slurrrrpppp~ SODAP giler!

 *gambar poyo-poyo je*
Hahaha~ time ni aku ngan on the way balik dari Cameron. Next destinasi Sungkai plak. Tapi sempat lagi singgah kat kebun teh kat Cameron tu. Siap beli teh sikit bawak balik kolej. Boleh cicah ngan biskut hup seng pagi-pagi untuk breakfast.

*little spoil brat angel*
Memang tak nak lepas langsung. Even though kitaorang dalam kereta. Takpe la. Bagi dia lepaskan rindu. Hehehe~ aku pun rindu jugak adik terlebih manja aku sorang ni. 

*our hero*
Ya Allah... mata aku ketara sangat sembab dia. Huuu~ Like father like daughters.

 *kami menggewdiks*
Ni la untungnya ada adik perempuan yang ramai. Senang nak buli. Ke ke ke.. Nak posing comel-comel pun ada teman.
Ok la... disebabkan gambar yang time kat Sungkai tu ada kat hard-disk ayah, nanti-nanti aku update holiday aku kat Sungkai pulak ek. 

Jun 16, 2012

night motivation

Sempena nak exam ni, untuk
  semangat and  release,

as remainder to myself...




it's been a long time

Hi bloggers~ 
Rindu kat mimie x?
Aiseyh! Perasan la plak ada orang rindu kat dia. Muaahahahah

Lama rasanya tak lawat blog sendiri. Tengok tadi, last post May, 16. Itu pun untuk promo barang arashi. Mak aih~ dah berhabuk... berdebu... rupanya blog aku nie.Sampai tak perasan yang lagu pun sebenarnya dah tak boleh play. Hmmm~ Nasib le!

Semester ni tak yah citer la. Ketara sangat ke"busy"an + ke"pack"an  jadual belajar. Mana taknya, tiap-tiap hari kelas habis pukul 6 petang. Bayangkan kalau kelas start pukul 8.30 pagi habis pukul 6 petang. Memang ofis hour dah nie. Dulu, time awal sem, lagi teruk. Time tu aku aktif giler ngan persatuan & band sampai malam pun kadang-kadang ada aktiviti jugak. Tapi sebab exam makin lama makin nak dekat, memang cari nahas la kalau nak aktif jugak. "Cukup-cukup la tu!" bak kata ibu ngan ayah. Apa boleh buat, time ibu ngan ayah habak mai camtu, tunjuk senyuman menawan je la. Kang balas balik kang, tak baik... durhaka nanti.

Sebenarnya tak lama lagi aku dah nak exam. Pergh!!! Type perkataan 'EXAM' je, kecut perut ooooo~ Semester ni tak macam semester lepas. Kalau sem lepas, paper final paling banyak takat 5 paper je. Tapi semester ni, dia kasi up 1 lagi paper final. Huuu~ masak aku!

Pulak tu paper kali ni semua dah masuk subjek 'kerak' dah. Meh sini aku share ngan korang paper apa yang aku amik untuk final kali ni.

Islamic Business Transaction (ISB540)
International Economics (ECO561)
Microeconomics (ECO539)
Macroeconomic (ECO557)
Econometric (ECO545)
Entrepreneurship (ENT530)

Apa macam? Nampak gempak tak? Aku kat sini dah berpeluh-peluh dah. Boleh dikatakan dari 6 paper ni, aku nomineekan Econometric ngan Macroeconomic sebagai paper PALING KILLER dan MEMBUNUH sekali la. 
Huuu~ ntah kenapa untuk ISB ngan ENT aku tak risau sangat sebab lebih kepada common sense 2 subjek ni. Tapi of course le tetap kena baca. Kalau tak, nak gorang apa dalam dewan peperiksaan nanti kan!! kan!!.  
Hope that everything will be well this semester. Insyallah~

Ok la... Aku nak merehatkan mata aku kejap. Hehehe... Kejap je ^^
Sehingga ber'blogging' lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...