Jun 17, 2012

precious days with precious ones

Kali ni aku nak cerita story de' morey aku time cuti sem yang dah lepas dah. Berminggu-minggu lepas (26.06.12-03.07.2012) aku ngan family gi bercuti. Sebenarnya, sejak aku masuk U ni, dah agak lama jugak la aku tak pergi bercuti ngan family. Asyik kena tinggal je.
 Mana tahan beb. 
Time aku cuti, adik-adik aku sekolah. Time aku kuliah, adik-adik aku cuti. Last-last, aku putih mata je la dengar diaorang pergi bercuti. Huuu~ So, nak dijadikan cerita, kebetulan cuti sem kali ni sama dengan cuti mid-sem sekolah. Diorang kali ni plan nak bercuti 3 hari 2 malam. Start hari Sabtu, balik Isnin. Itu pun ayah kata kalau aku tak ikut, diaorang nak extend. Sedih tau.... Mana taknya, ibu dapat cuti time dekat-dekat aku nak balik asrama. Ini pun, aku kena amik "cuti khas" kalau nak ikut diaorang pegi bercuti. Aku pun, apa lagi. By hook or by crook, aku NAK JUGAK GI FAMILY VACATION. Ikut plan, hari Sabtu, kitaoang gerak pergi Cameron Highland. Tidoq semalam kat sana, esoknya baru bertolak pegi Hot Spring kat Sungkai.
Oleh sebab nak tempah awal dah tak boleh, semua hotel kat internet ni Fullybooked, jadi sebenarnya time pergi Cameron tu, kitaorang satu family main pakat terjah je. Ikut nasib. Nasib baik, ada la dapat bilik untuk kitaorang tido. Kalau tak de nasib, tido dalam kete yo lah. Alhamdulillah. Rezeki kitaorang ada hari tu. Kebetulan, ada tinggal SATU je bilik kosong lagi kat satu hotel kat area Brinchang, Cameron tu. Semua bersyukur. At least tak payah tidoq dalam kete. Dah la nak naik Cameron... mak aih, jam dia tak payah nak cakap. Lebih 3 jam stuck kat dalam cameron je. Dengan bau brek ngan clutch lagi. Pening yang amat sangat. Nasib baik la tak ber'wek-wek' kat dalam kete tu. Kalau tak, susah hidup weyh!

Kebetulan jugak, hotel yang aku duduk tu dah dekat sangat ngan tempat pasar malam Brincang. Apa lagi... lepas uruskan check-in, solat, semua bagai, aku ngan family aku pun pergi la jalan-jalan kat pasar tu. Jalan je sudah. Tak payah naik kete pun. Kalau dah ada kat Cameron ni, apa lagi.... 
STRAWBERRY CHOCOLATE la benda pertama yang aku usha.
Tapi sekarang dah mahal la. 3 cucuk strawberry pastu tambah coklat je rm5. Tak puas makan wooo~ Lagi-lagi kalau kena kongsi ngan adiks-adiks kus yang makan pun tak ingat dunia. Untuk cukup syarat, beli sekali je la. Kalau nak makan lagi, borong strawberry pastu kat rumah kang buat double boiling untuk cairkan coklat. Lepas tu, makan le. Tapi..... hmmm~ angan-angan je la. 
Beli bukan main banyak strawberry tapi tak sampai malam semua buah strawberry tu dah habis. Tak sampai sehari pun. Hmmm~ Malam tu, aku ngan adik-adik aku jalan sekali lagi kat pasar malam tu. Tak beli apa sangat. Ntah... tak rasa nak beli apa. Setakat tengok-tengok je. (Penipu... padahal bajet tak de.. hihihi).
Ok, jom kita usha gambar time kat Cameron jom!!

*strawberry.... strawberry.... strawberry...*
Ini je yang sempat sampai ke bilik hotel aku. Hahaha~ sikit kan.

 *purple orchid*
Cantik la pulak aku tengok bunga ni. Credit to awan yang hanya lebih fokus tangkap gambar bunga, sayur, teddy bear, rumput, gunung-ganang, dan lain-lain daripada tangkap gambar kitaorang kat Cameron.

 *gambar kontrol comel*

*marshy+strawberrry+chocy*
Ada lagi satu benda yang aku makan... Pure pudding strawberry with choco syrup ada jual kat situ. Lupa pulak nak amik gambar tapi... slurrrrpppp~ SODAP giler!

 *gambar poyo-poyo je*
Hahaha~ time ni aku ngan on the way balik dari Cameron. Next destinasi Sungkai plak. Tapi sempat lagi singgah kat kebun teh kat Cameron tu. Siap beli teh sikit bawak balik kolej. Boleh cicah ngan biskut hup seng pagi-pagi untuk breakfast.

*little spoil brat angel*
Memang tak nak lepas langsung. Even though kitaorang dalam kereta. Takpe la. Bagi dia lepaskan rindu. Hehehe~ aku pun rindu jugak adik terlebih manja aku sorang ni. 

*our hero*
Ya Allah... mata aku ketara sangat sembab dia. Huuu~ Like father like daughters.

 *kami menggewdiks*
Ni la untungnya ada adik perempuan yang ramai. Senang nak buli. Ke ke ke.. Nak posing comel-comel pun ada teman.
Ok la... disebabkan gambar yang time kat Sungkai tu ada kat hard-disk ayah, nanti-nanti aku update holiday aku kat Sungkai pulak ek. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...